Oleh: Noor Aida Abdul Aziz

IPOH: Majlis Perundingan Pemimpin Muda Amanjaya (MP2MPA) meraikan 46 orang anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa di Home Of Silveryouth (HOS) Kinta Riverwalk, di sini malam Jumaat.

Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohd. Adri Adha Mohamad berkata, majlis tersebut adalah bagi meraikan anak-anak yatim sekitar Ipoh dan melibatkan dua institusi kebajikan iaitu Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman Manjoi serta Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor.

“Program ini adalah kali kedua diadakan oleh MP2MPA untuk menceriakan anak-anak yatim di samping melakukan amal kebajikan dengan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi,” katanya.

M2MPA 4

Beliau yang juga Ahli Dewan Belia Negeri Perak berkata, selain meraikan anak-anak yatim, majlis kali ini lebih istimewa dengan adanya solat tarawih dan tazkirah yang mampu merapatkan hubungan silaturahim sesama pemimpin muda negeri Perak.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan ADUN Manjoi, Mohd Ziad Mohd Zainal Abidin.

Sebelum majlis bersurai, Shahrul Zaman menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua pusat jagaan dan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.

 

M2MPA 3M2MPA 2