KUALA LUMPUR: Seramai 115 saksi telah dirakam keterangan dan satu inkues baharu dibuka terhadap kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Terdahulu keluarga Allahyarham tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan untuk membuka semula kertas siasatan dengan pertuduhan lebih ringan ke atas suspek yang didakwa mengakibatkan kematian anggota bomba tersebut.
Bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, mereka sekeluarga mengetahui cadangan untuk mendakwa semula 12 suspek menyebabkan kematian anak lelakinya itu seperti dibangkitkan dalam Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu