KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan insentif percukaian dan perlindungan insurans pekerjaan kepada majikan untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras saranan kerajaan untuk menggalakkan pelaksanaan bekerja dari rumah, khususnya bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Sebagai contoh, pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan,” katanya. -BH