KUALA LUMPUR: Antara pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

1. Perjalanan rentas negeri dibenarkan.

2. Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan

3. Sambutan Aidiladha dan aktiviti korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan.

4. Sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah dapat nasihat Kementerian Kesihatan.

5. Aktiviti komersial babitkan urusan jualan bukan dalam premis dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Perintah Pemulihan (PKPP).

6. Waktu operasi perniagaan akan beroperasi seperti biasa namun dengan pematuhan SOP.

7. Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan membabitkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong.

8. Sempadan negara masih ditutup.

9. Kelonggaran benarkan lebih ramai jemaah hadir ikut ruang keluasan masjid, rumah ibadat sedang diperhalusi kerajaan.

10. Pub, kelab malam, pusat karaoke, rumah terbuka tidak dibenarkan.