IPOH : Program Ipoh Car Free Day yang lazimnya diadakan di Jalan Raja DiHilir akan ditukarkan ke lokasi baharu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Jalil di antara Persiaran Bogainvillea bersebelahan Ipoh Convention Centre dengan persimpang Jalan Chin Choon Sam.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pertukaran itu dibuat kerana lokasi asal tidak lagi sesuai untuk menampung penyertaan dalam acara-acara utama yang disertai oleh ribuan peminat.

Dengan pertukaran itu, MBI berharap ia dapat meningkatkan lagi keselesaan kepada pengunjung dan memudahkan lagi pihak penganjur menjalankan beberapa program utama serentak kerana terdapat kawasan lapang Dataran Bandaraya Ipoh dan Padang Sultan Abdul Jalil yang boleh digunakan.

“Pertukaran lokasi ini akan dibuat secara percubaan pada bulan Disember ini bagi membolehkan pihak MBI melaksanakan kajian impak terhadap pergerakkan lalulintas serta mengenal pasti penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh penghuni kediaman dan premis-premis perniagaan yang terlibat di kawasan tersebut semasa program berjalan bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi pada hari Ahad iaitu minggu keempat setiap bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, jalan-jalan lain yang ditutup sepanjang program itu berlangsung ialah Persiaran Bandaraya, persimpangan Persiaran Tugu, persimpangan Persiaran Greentown dan persimpangan Jalan Wan Mohd Salleh dengan Jalan Sultan Abdul Jalil.

Sehubungan itu, kenderaan yang menuju arah Pusat Peniagaan Greentown dari lalan Raja Ashman Shah boleh melalui Jalan Dato Seri Ahmad Said dan melalui Persiaran Greentown 11, Persiaran Greentown serta Persiaran Tugu, Kenderaan dari Jalan Raja Musa Aziz boleh melalui Jalan Dato Seri Ahmad Said, membeluk kiri ke Greentown Square, membelok kiri di Persiaran Greentown, membeluk kanan di persimpangan Dato Seri Ahmad Said dan membeluk kiri melalui Persiaran Tugu.

Manakala kenderaan dari Jalan Ralan Raja Dihilir pula boleh melalui Jalan Foo Choong Nyit atau Lebuh Lasam melalui Jalan Lasam, Jalan Sultan Abdul Jalil dan memasuki Persiaran Greentown 11.

Menurut kenyataan itu lagi, pogram Ipoh Car Free Day di Jalan Raja DiHilir telah memenangi Anugerah Platinum, Placemaking Award oleh Malaysian Institute of Planners dibawah kategori Street (Utilisation Durin Events) dan telah mencapai jumlah pengunjung dan penyertaan daripada agensi yang semakin bertambah.

Majlis Bandaraya Ipoh juga akan terus mengekalkan matlamat penganjuran program Ipoh Car Free Day ini untuk menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon dan melaksanakan Inisiatif Rangkakerja Bandar Rendah Karbon (LCCF).

“Program Ipoh Car Free Day ini telah memberi manafaat kepada semua golongan wargakota samaada mewakili agensi, NGO atau individu yang akan melakukukan secara santai pelbagai aktiviti yang dibenarkan ketika laluan ditutup untuk CFD,” ujarnya.