IPOH: Iqram Dinzly, nama yang cukup gah di media sosial disebalik tarian dan ‘catwalk’nya.

Beliau yang merupakan anak jati Gugusan Manjoi, Perak tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Selain teruja mengundi buat kali kedua, beliau pada masa sama akui berada dalam dilema.

“Pengalaman kali ini membuatkan saya dalam dilema untuk mengundi siapa sama ada pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Perlawanan kali ini sangat mencabar.

“Sebenarnya, ini sesuatu yang baik untuk Malaysia bagi melihat balik apa yang berlaku kononnya cantik di luar buruk di dalam inilah yang saya maksudkan selama ini,” katanya ketika ditemui media ketika membuang undi di Sekolah Agama Osmaniah, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Iqram yang tiba kira-kira jam 1.40 petang turut mencuri tumpuan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk berswafoto dan bergambar dengannya.