KOTA KINABALU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sebuah hotel, di sini, untuk bermesyuarat bersama pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri tiba jam 11.55 pagi ini, dipercayai untuk bertemu bagi membincangkan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Difahamkan, beberapa lagi pemimpin BN akan tiba untuk bermesyuarat di hotel sama tidak lama lagi.