IPOH: Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan pada Khamis ini ditunda Pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Perkara itu dimaklumkan di dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Perak hari ini.
“Bagi menjunjung titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan pada 11 Julai 2019, Khamis ini ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Walaupun tidak dinyatakan sebab penundaan itu, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan laporan polis mengenai laporan seorang anggota Exco didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.