HONG KONG : Pengerusi Alibaba, Jack Ma secara rasmi bersara dan menyerahkan jawatan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Zhang.

Pada September tahun lalu, Ma mengumumkan beliau akan berundur daripada gergasi e-dagang China itu untuk menumpukan masa untuk kerja kebajikan yang memfokus kepada pendidikan.

Menurut portal TechCrunch, Ma akan terus berkhidmat sebagai ahli lembaga Alibaba sehingga mesyuarat pemegang saham agung tahunannya diadakan tahun depan.

“Beliau juga kekal sebagai rakan seumur hidup Alibaba Partnership,” katanya.

Ma adalah seorang guru bahasa Inggeris sebelum ini dan sehingga kini sering dipanggil dengan nama gelaran ‘Teacher Ma’. – AGENSI