SUNGAI SIPUT – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Wahab dekat sini mencatat sejarah tersendiri selepas berjaya menyiapkan Jalur Gemilang gergasi yang dijahit sendiri oleh pelajar dan guru sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 pada tahun ini.

Pengetua sekolah, Roslan Muhammad berkata, bendera sepanjang 28 meter dan lapan meter lebar itu mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk dijahit sebelum ia dapat dikibarkan secara rasmi semalam.

Jelasnya, seramai 62 orang guru dan 900 pelajar sekolah terlibat secara langsung untuk menghasilkan bendera tersebut.

“Paling istimewa, pelajar-pelajar ini menjahit sendiri Jalur Gemilang dan guru-guru pula menggunakan mesin jahit menguatkan jahitan bendera agar ia tidak terkoyak semasa dikibarkan,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK Datuk Haji Abdul Wahab di sini semalam.

-Kosmo