TRONOH: Hujan yang turun sejak malam tadi turut menyebabkan Jalan Ipoh – Lumut ditutup sementara kepada lalulintas menghala ke Ipoh

Sehingga jam 12 tengahari Selasa, keadaan hujan telah berkurangan tetapi ada kawasan yang masih mengalami hujan renyai disebabkan cuaca yang tidak stabil.

Kilometer 25 jalan Ipoh – Lumut menghala ke Ipoh masih ditutup setakat 12 tengahari dan anggota polis dari IPD Batu Gajah telah membuat kawalan supaya kenderaan boleh menggunakan laluan sebelah.

Kenderaan bergerak perlahan dan pihak polis menasiharkan pemandu supaya memandu berhati-hati dan mematuhi arahan yang diberikan.