IPOH 12 Julai – Jambatan Raia di Jalan Ipoh-Gopeng di KM192 iaitu arah utara jalan Persekutuan, akan ditutup mulai Isnin ini sehingga 25 Mac 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh jambatan untuk pembinaan jambatan baharu.

 

Menurut kenyataan Jabatan KerjaRaya (JKR), hari ini, laluan tersebut ditutup bagi semua kenderaandan pengguna jalan raya diminta menggunakan lencongan di sebelah jambatan tersebut.

“Kami berharap agar semua pengguna jalan raya dapat mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pejabat JKR Daerah Kinta di talian 05-5277055. – BERNAMA