KUALA LUMPUR, 23 DIS : Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengetuai pencalonan 10 kelab bola sepak popular Asia Tenggara.

Turut dicalonkan dalam anugerah anjuran badan bola sepak Asia, AFC itu ialah juara Piala Malaysia 2018, Perak.

Indonesia mendominasi senarai pencalonan menerusi Persija Jakarta, Persib, Persebaya Surabaya dan Arema FC.

Vietnam menempatkan dua calon Hanoi FC dan Hoang Anh Gia Lai, manakala Thailand dan Australia masing-masing dengan satu pencalonan Buriram United serta Western Sydney Wanderers.

Peminat bola sepak boleh mengundi pasukan yang diminati di laman web: http://bit.ly/MPC_ASEAN