IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Fair Park, di sini, pada Isnin.

Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin, 79, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 7.25 malam Ahad.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi dengan dihadiri lebih 1,000 orang.

Terdahulu, solat jenazah diimamkan sendiri oleh Ahmad Faizal di Masjid Al-Khairiah di sini, sebelum mengusungnya sejauh 200 meter ke tanah perkuburan berhampiran.

Talkin dibacakan Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh.

Allahyarham dikebumikan di sebelah pusara suaminya, Datuk Azumu Tak.

Hadir sama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad serta lebih 500 orang ramai termasuk ketua-ketua jabatan dan ahli politik.

Allahyarhamah meninggalkan lapan orang anak dan Ahmad Faizal adalah anak ketujuh.

Terdahulu, lebih 2,000 orang dari pelbagai kaum dan agama, menziarahi jenazah Allahyarhamah di kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raha DiHilir.