PERBUATAN tidak bertanggungjawab dua lelaki ini membuang timbunan sampah ke atas tanah meskipun tong sampah ada disediakan mengundang kemarahan netizen di media sosial.

Melalui rakaman video berkenaan, kelihatan 2 lelaki menaiki sebuah kereta proton berwarna merah melonggokkan lebih 2 timbunan sampah di luar tong sampah dalam kejadian di Cabang 3 Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu sekaligus mencerminkan budaya tidak bertamadun sesetengah kelompok masyarakat.

Video tular itu turut menerima kecaman ramai yang rata-rata berang dengan sikap dua remaja lelaki berkenaan – mstar