Oleh: Nazialita Geynna Maharan

LUMUT: Sebuah jeti akan dibina bagi membantu proses baikpulih sepenuhnya kapal muzium Ex KD Rahmat yang sebelum ini hampir tenggelam dan senget di pesisir Marina Waterfront, dekat sini.

f65d8665-41d4-47cf-afba-71ba9b8302d2Sebelum ini, kapal yang dilucutkan tauliah oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2004 itu menarik perhatian pelbagai pihak akibat keadaannya yang dimasuki air malah hampir tenggelam pada awal tahun 2016.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu akan dikendalikan dengan sebaiknya susulan penubuhan jawatankuasa pengurusan khas Ex KD Rahmat dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Langkah pertama hasil beberapa siri perbincangan berterusan daripada TLDM adalah dengan membina sebuah jeti yang dapat menghubungkan secara langsung ke KD Rahmat, sekaligus memudahkan proses pengecaman masalah kapal dan sebagainya.

“Langkah seterusnya adalah perancangan masa depan kedudukan terbaik bagi kapal itu, untuk memastikan cara terbaik menjaga kapal itu berdasarkan kedudukannya buat masa ini,”katanya.

787178c8-97d0-4202-a733-c0158625d7c4Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi lawatan Hospital Angkatan Tentera TLDM di Hospital Angkatan Tentera TLDM, di sini hari ini.
Dr Zambry berkata, beberapa langkah teknikal akan dilaksanakan setelah mengambil kira penilaian daripada jawatankuasa TLDM yang sentiasa proaktif dalam memberikan perkembangan lanjut mengenai proses baikpulih kapal berkenaan.

Katanya, beliau ingin syarikat swasta yang bertanggungjawab dalam menjaga kapal berkenaan untuk memenuhi segala janji yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Saya akan minta pihak TLDM dan Datuk Nolee, exco bertanggungjawab untuk memantau dan membuat pengumuman dari masa ke masa sekiranya terdapat perkembangan baru berkenaan Ex KD Rahmat ini,” katanya lagi.

0ab01bce-6fd3-44a1-8efe-b9910f2e8d74

Sebelum ini, syarikat Plus Asiajaya Perak (PAP) selaku kontraktor yang diberi tanggungjawab membaik pulih dan menyelenggara kapal itu, akan menanggung segala kos operasi terlibat dalam memastikan keselamatan kapal, selain mengelakkan kejadian berulang.