SEBUTIR bom dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditemui pekerja ladang di kawasan utara Kampung Tanduo, Lahad Datu, kelmarin.

Bom berkenaan ditemui di kawasan ladang berkenaan pada 11 pagi sebelum pengurus ladang di FELDA Sahabat memaklumkan kepada polis mengenainya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan mendapati bom berkenaan dipercayai milik ATM yang tidak meletup ketika pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh ketika Ops Daulat pada tahun 2013.

“Unit pemusnah bom dari Tawau dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bom berkenaan diletupkan pada 5 petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hamzah berkata, pihak polis menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit bagi bagi mengelakkan sebarang bahaya kepada orang awam – hmetro