IPOH – Kementerian Pendidikan masih sedang menjalankan kajian berkenaan pengunaan gajet di sekolah untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan mahu memastikan sebarang polisi yang dibuat khususnya melibatkan bidang pendidikan perlu bersifat holistik dan mampu dilaksanakan.

“Itu masih dalam kajian kerana kita nak lihat dalam isu-isu keselamatan pertamanya dan juga isu prasarana cukup atau tidak.

“Kita tak mahu mereka ada gajet tetapi software tak lengkap atau pun kadar jalur lebar itu rendah atau pelajaran itu tidak sendiri tidak mesra dengan teknologi,” katanya pada ketika ditemui selepas menghdiri Majlis Pra Pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia, di sini hari ini.

Tambah beliau, sekiranya masalah itu berlaku dan ia tetap dilaksanakan maka ia akan merugikan pelbagai pihak termasuk pelajar itu sendiri.

“Kalau kita hanya tekankan konsep gajet sahaja kontraktor yang akan untung tapi plajar takkan dapat dia punya manfaat.

“Jadi apa sahaja kita nak buat ia perlu bersifat holistik dan perlu berdasarkan kelinciran perjalanan itu secara komprehensif,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr Maszlee dalam ucapanya sebelum itu berkata Kementeriannya amat komited dalam melakukan transformasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penekanan kompentensi pengunaan bahasa inggeris dan sisem pendidikan berteraskan teknologi.

“Usaha ini selaras dengan aspirasi Perdana Menteri yang mahukan generasi yang mempunyai penguasaan bahasa inggeris dan celik teknologi.

“Tidka boleh dinafikan kepentingan bahasa inngeris untuk dikuasi oleh rakyat demi menempatkan Malaysia sebagai negara maju berdasarkan bidang pendidikan,” ujarnya.