KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun maut selepasn, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam dan mangsa yang tinggal bersama neneknya dikatakan terjatuh dari beranda dapur.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata ketika kejadian, nenek mangsa berusia 52 tahun itu di dalam tandas.

Katanya, wanita itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas terdengar jeritan orang ramai dari tingkat bawah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 2.

“Ibu bapa mangsa yang bekerja sebagai pembersih awam tinggal di rumah lain, tetapi di flat sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Habibi berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -FMT