Oleh:Nazialita Geynna Maharan

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dalam nahas jalan raya yang melibatkan 11 orang di Jalan Changkat Jering,Trong, dekat sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, berusia tiga tahun, merupakan salah seorang daripada sembilan penumpang warga Indonesia dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga Aeroback.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Pegawai Bomba Kanan II Mustafa Kamal Ismail berkata, sebuah lagi kenderaan jenis SUV Haval pula membawa dua orang mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan warga tempatan yang mengalami kecederaan.

“Pihak kami menerima panggilan sekitar 8.46 malam dan setibanya di sana, kami mendapati kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan bertembung dan menyebabkan seorang mangsa tersepit.

“Mangsa yang lain telah dibawa ke hospital orang awam sebelum pihak BBP Taiping sampai di tempat kejadian,”katanya dalam sebuah kenyataan media di sini,hari ini.

Jelasnya, antara mangsa dalam Proton Saga tersebut adalah tiga mangsa perempuan dewasa, tiga lelaki dewasa, seorang kanak-kanak perempuan dan dua orang kanak-kanak lelaki termasuk mangsa yang maut.

Mustafa berkata pihak anggota BBP Taiping menggunakan peralatan menyelamat khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan mangsa kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mengambil masa sekitar dua jam dan tamat sekitar 10.11 malam,”ujarnya lagi.
[12:56 AM, 4/19/2018] lita suara perak: Kanak-kanak Lelaki, Tiga Tahun Maut Dalam Nahas Jalan Raya di Trong, malam tadi