BATU GAJAH: Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang tersepit di antara tiang elektrik dan sebatang pokok di Surau Kampung Bakap, dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.23 petang.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun tersepit di antara tiang elektrik dan sebatang pokok,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan ‘rescue spreader untuk mengeluarkan mangsa.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Raja Mohd Saad Raja Adnan tamat pada 5 petang.