IPOH: Karnival Jualan Mega 2017 bermula hari ini di Bulatan Aman Jaya, Ipoh sehingga 26 November (Ahad).

Karnival yang menawarkan barangan pada diskaun sehingga 70 peratus itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Dibuka kepada pengunjung mulai 10 pagi, acara beli-belah dan festival food truck terbesar Malaysia itu menampilkan 224 booth jualan dan pameran serta penyertaan sembilan pasaraya terkemuka.

Ia juga disertai oleh 100 trak makanan, konsert, selebriti-selebriti terkenal tanahair dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga menanti para pengunjung.