TERKINI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj berkenan membeli Kasut Emas milik Khalid Jamlus yang dimenangi beliau dalam musim Liga Premier I 2002.

Harga pembelian trofi itu tidak didedahkan.Majlis tersebut berlangsung di Istana Alam Shah Alam.

Trofi tersebut bakal diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor iaitu di perkarangan Istana Alam Shah.

Foto: Selangor Royal.