IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited melaksanaan tugas kepada warga bandaraya ini menerusi pembukaan kaunter WeServe.

Operasi kaunter ini yang terletak di ruang lobi Bangunan MBI di sini selaras dengan arahan kerajaan yang membenarkan sektor awam beroperasi sejak 4 Mei lalu.

Perkhidmatan kaunter WeServe melibatkan beberapa jabatan dan perkhidmatan seperti aduan awam, penilaian, perancang bandar, pelesenan dan OSC.

Ia melibatkan urusan-urusan yang tergendala atau tidak dapat diselesaikan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Justeru, semua urusan dan perkhidmatan yang diberi akan diselesaikan di kaunter di sini.

Sehingga kini lebih 700 orang awam telah berurusan di kaunter ini.

Selain kaunter WeServe, pihak MBI turut membuka operasi Bilik Gerakan Covid-19 MBI sejak 21 Mac lalu.

Ia bagi membantu menyampaikan dan menyalurkan maklumat berkenaan pelaksanaan PKP dan isu-isu berkaitan MBI kepada orang awam sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Ia melibatkan pelbagai jabatan dalaman MBI seperti Unit Korporat & Aduan Awam, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasan, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Landskap.

Waktu operasi Bilik Gerakan Covid 19 MBI-8.00 pagi hingga 3.30 petang

Waktu operasi Kaunter We Serve-9.00 pagi hingga 2.00 petang