KUALA LUMPUR: Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhenti secara automatik selepas membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata tindakan itu diambil berdasarkan Perkara 10.2.3 perlembagaan parti berkenaan. – BH