PANGKOR: Kalangan penduduk Pangkor terkenal mempunyai tali silaturrahim yang kuat sejak daripada dahulu lagi sehingga keakraban itu boleh diumpakan sebagai hubungan adik abang

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) katanya keakraban itu merentasi kaum dan agama di mana setiap orang Pangkor akan sentiasa membantu yang lain tanpa mengira ras dan warna kulit.

Sehubungan itu, beliau mahu melihat orang Pangkor terus mengekalkan semangat kerjasama itu yang telah menjadi amalan sejak dulu.

608b2c1c-ff38-4aa6-b70e-becb72aa4d83

 

“Kita seperti adik abang, itu sebab kalau orang Melayu susah, saya tolong, orang Cina susah, saya tolong, orang India sudah pun, saya tolong,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian angpau dan sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2018 di Arena Square di sini, hari ini.

 

Hadir sama Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Dr Zambry mengingatkan penduduk Pangkor supaya jangan mudah percaya dengan pembangkang yang hanya datang menjelang pilihan raya.

“Mereka datang, hentam sana, hentam sini, lepas tu mereka balik, tinggal orang Pangkor bergaduh sesama kita,” ujarnya.

Pada majlis itu, Dr Zambry menyampaikan angpau kepada kira-kira 700 pelajar sekolah dan warga emas di samping bantuan RM5,000 kepada setiap 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pangkor.

Terdahulu beliau yang tiba kira-kira jam 9.45 pagi, bersarapan bersama-sama penduduk di sebuah warung di  Kampung Tengah.