PETALING JAYA: Suasana di perkarangan Hospital Sungai Buloh bertukar kecoh apabila berlaku insiden berebut seorang kanak-kanak berusia dua tahun membabitkan beberapa individu pada tengah hari Jumaat.

Video berdurasi 1.33 minit yang menjadi tular di media sosial menyaksikan beberapa pengawal keselamatan hospital tersebut cuba untuk menenangkan keadaan.

Namun keadaan bertukar tegang apabila kanak-kanak berkenaan dilarikan menggunakan sebuah kereta berwarna hitam.

Malah, usaha pengawal keselamatan untuk mendapatkan kanak-kanak itu tidak berjaya apabila mereka dihalang pengawal peribadi sekumpulan individu terbabit sebelum beredar menggunakan sebuah lagi kenderaan berwarna putih.

“Mana bodyguard dia tadi, tangkap dia… tangkap dia.

dia jangan lari, tangkap dia,” kata orang ramai yang berada di tempat kejadian.