IPOH – Sebuah lagi Rumah Ngaji baharu dibuka di Kediaman rasmi Menteri Besar Perak dalam usaha mengembangkan interaksi komuniti dengan al-Quran.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, kediamannya boleh dijadikan tumpuan rakyat untuk mengadakan aktiviti berkaitan Rumah Ngaji.

“Rumah ini terbuka kepada rakyat untuk adakan kelas ngaji, berkongsi belajar al-Quran dan sebagainya daripada ia dibiarkan kosong sahaja,” katanya ketika berucap melancarkan Rumah Ngaji Negeri Perak, hari ini.

Beliau turut mencadangkan untuk berdakwah di perkampungan Orang Asli dengan membuka Rumah Ngaji di penempatan itu, yang pertama di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP), Datin Normah Hanum Ibrahim berkata, beliau menyambut baik cadangan Ahmad Faizal untuk menjadikan kediamannya sebagai pusat aktiviti Rumah Ngaji itu.

“Setiap kawasan undangan mempunyai Rumah Ngaji dan kediaman ini menjadi pusat baru dan bercadang adakan dua hari setiap minggu.

“Pelancaran hari ini mendedahkan kepada semua masyarakat seluruh negeri bagi memeriahkan Rumah Ngaji di kawasan masing-masing dan menggalakkan pembacaan Al-Quran,” katanya – sinar

1/2