MANJUNG – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memandang serius pendedahan Penolong Penerbit UbahTV, Amran Ahmad yang mendakwa DAP telah mereka puluhan rakaman video dan risalah untuk memfitnah kerajaan Barisan Nasional.

Mengulas lanjut mengenai situasi tersebut, Dr Zambry menegaskan usaha tersebut dilihat sebagai tindakan terdesak DAP untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya menganggap apa yang didedahkan itu serius kerana yang menyampaikan ini adalah seorang yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan penerbitan daripada pihak sana (DAP).

“Kita tidak tahu dari segi berapa jumlahnya tetapi apabila kenyataan yang datang dari seorang yang bertanggungjawab secara langsung, ia perlu diperhatikan.

“Dalam tempoh beberapa hari ini, apakah bentuk-bentuk yang akan dikeluarkan atau video dan sebagainya, kita perlu maklumkan kepada rakyat akan langkah terakhir (DAP) seperti yang didedahkan,”ujarnya.

Dr Zambry berkata demikian ketika merasmikan program Santai Anak Muda ‘Mobile Legends Tournament’ di Aeon Seri Manjung, di sini pada Ahad.

Yang turut sama, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim serta Datin Seri Saripah Zulkifli.

Media hari ini melaporkan Amran Ahmad yang juga bekas pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil mendedahkan semua bahan propagada berniat jahat dan berunsur fitnah telah siap dan akan didedarkan secara berperingkat menjelang 9 Mei ini.

Beliau yang merangkap Penolong Penerbit UbahTV, iaitu laman televisyen rasmi dalam talian DAP itu mendakwa, DAP sanggup mereka cipta risalah dan rakaman video memiftnah kerajan dan pemimpin Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu menjelaskan antara fitnah sedang dan akan terus disebarkan parti pembangkang itu adalah isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), FELDA dan Tabung Haji.

Selain itu ia turut menyentuh perkauman, menghina agensi kerajaan, ekonomi, tol dan projek kerajaan lain.

BERITA BERKENAANKenapa Sekarang Baru Nak Ziarah Kubur? – Hishammuddin