IPOH : Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Perak (PISC) wajar dimasukkan ke dalam takwin tahunan kerajaan bagi menarik penyertaan lebih ramai penggemar sukan ekstrem dari seluruh dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berharap program seumpama itu dapat diadakan pada skala yang lebih besar.

Menurutnya, penganjuran kali pertama tahun ini mendapat sambutan memberansangkan dengan penyertaan beberapa pasukan tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Korea dan Australia.

“Saya juga amat teruja apabila dimaklumkan bahawa terdapat peserta wanita dan veteran-veteran yang telah berusia turut menyertai kejohanan ini.

“Jelaslah bahawa faktor umur dan jantina bukan penghalang bagi mereka untuk menceburi nidang sukan emstrem berisikk tinggi ini yang mana ia menuntut kepantasan para penerjun bertindak dalam tempoh singkat dan jika tersalah percaturan atau tersilap langkah, pastinya bokeh mengundang padah,” katanya.

Beliau berucap merasmikan penutup PISC 2019 di Ipoh pada Ahad yang turut dihadiri Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Dalam kejohanan yang bermula pada Isnin, pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) muncul juara keseluruhan diikuti Komandu Pasukan Khusus (KOPASSUS) , Indonesia di tempat kedua dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara DiRaja Malaysia di tempat ketiga.

Sementara itu, jurucakap pasukan Fisida Banten, Indonesia, Leftenan Kolonel Helmi Ardiyanto Nange walaupun ini pertama kali mereka bergabung menyertai pertandingan antarabangsa, mereka akan datang lagi jika dijemput.

“Kami berpendapat jawatankuasa telah bekerja dengan bagus dan kami sangat menikmati.

“Kami berharap agar tahun depan kategori khusus untuk wanita kerana tahun ini peserta wanita kami terpaksa bersaing dengan peserta lelaki,” ujarnya.

Kejohanan itu yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak adalah sempena Ulangtahun Jubli Emas Vat 69 yang disambut pada 23 Oktober lalu.