SUBANG JAYA: Polis meminta saksi kemalangan maut di KM36 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) 7.45 pagi semalam, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadar, berkata dalam kejadian itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC maut selepas dipercayai dilanggar lari kenderaan belum dikenal pasti.

Katanya, mangsa berusia 24 tahun yang menunggang berseorangan dalam perjalanan dari arah USJ ke Shah Alam tercampak ke tengah jalan selepas dilanggar dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Polis menerima laporan kejadian pada jam 9.17 pagi sebelum menemui mangsa terbaring di tengah jalan dengan kecederaan parah di kepala.

“Pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Azlin berkata, keluarga mangsa yang berasal dari PPR Raya Permai, Sungai Besi untuk pengecaman mayat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, saksi kejadian boleh pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 bagi menyalurkan maklumat – berita harian