Subscribe Now

Trending News

Kemalangan : Timbalan Pengarah JPJ Kedah cedera
Dalam Negeri

Kemalangan : Timbalan Pengarah JPJ Kedah cedera

TANJUNG MALIM – Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandu pemandunya terbabas di Kilometer 366.4, Lebuhraya Utara – Selatan arah Utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa, Jamaludin Sharif,59, dan pemandunya Mohd. Sayuti Abdullah cedera di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Kedah.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, kawasan tersebut dilanda hujan lebat sebelum kenderaan yang dinaiki mereka secara tiba-tiba hilang kawalan.

“Insiden itu menyebabkan kenderaan tersebut melanggar takungan air sebelum terbabas ke bahagian kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, Jamaludin mengalami kecederaan di bahu manakala pemandunya bengkak di bahagian lutut dan kaki kanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Wan Kamarul Azran, kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Slim River dekat sini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – K! ONLINE

Related posts