Oleh: Aida Aziz

TANJUNG TUALANG: Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan komitmen kerajaan untuk membangunkan lebih banyak ladang rakyat bagi faedah rakyat miskin di negeri ini.

c62d28c8-815a-4ac6-9d5f-e3dd38bed5c3

Menurutnya, beliau tidak mahu melihat rakyat hanya menjadi pemerhati tetapi turut dilibatkan bagi menyertai usaha kerajaan membangunkan ladang-ladang rakyat ini melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau PPPNP.

“Untuk itu PPPNP turut memberikan perkhidmatan kepada rakyat dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan dengan mewujudkan ladang rakyat di seluruh Perak,” katanya.

058ee654-6e03-48d2-a60b-765e0afbd799Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Agro Amanjaya yang diadakan serentak dengan majlis Indahnya Beraya di Desa di Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP, Sungai Galah dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif PPPNPk, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Menurut Menteri Besar, apa yang membanggakan beliau sekarang ialah 2,000 peserta daripada golongan miskin telah mendapat manfaat daripada ladang tersebut.

7c22edcd-b926-4837-af8d-bb7ab967d995

“Ladang-ladang rakyat yang disertai mereka ini diuruskan oleh PPPNP khususnya dari segi untuk mendapatkan modal.

“Tetapi, mereka sebenarnya mendapat hasil yang dijanakan oleh lading rakyat itu pada setiap tahun. Ada yang menerima dividen RM7,000 – RM8,000 bergantung kepada prestasi di setiap ladang,” ujarnya.

67a09633-b6d6-4206-b011-cfe27ca755b5

Dalam pada itu, Dr Zambry yang juga Pengerusi PPPNP menjelaskan, perbadanan itu merancang untuk melihat potensi kawasan lain untuk membangunkan kemudahan perumahan bagi kediaman kakitangannya seperti yang dibina di Sungai Galah.

“Yang ini, pihak perbadanan akan membuat perancangan untuk menyediakan satu kemudahan khas untuk pekerja kita bergantung kepada satu zon tertentu yang mempunyai kemudahan atau keluasan tanah yang kita bangunkan di PPPNP,” katanya.

3fa65861-8bbb-46e7-b3ba-f5ecd125bbdcMengenai cabaran yang dihadapi PPPNP, beliau berkata, pihaknya peka dengan trend pasang surut pengeluaran hasil pertanian yang tertakluk kepada persekitaran, suasana alam dan sebagainya.

Namun, katanya, perbadanan itu mempunyai perancangannya sendiri dengan melaksanakan unjuran dan jangkaan seperti kemungkinan berlakunya fenomena alam El-Nino yang boleh menjadi punca pengurangan hasil pertanian.

“Namun Alhamdulillah, sehingga kini, walaupun kita pernah menghadapi banjir besar yang menyebabkan banyak ladang tenggelam namun kita masih mendapat sedikit keuntungan,” katanya.