IPOH: Dewan Muda Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak menjalin kerjasama dengan Taj International College (TIC) dalam usaha membudayakan bidang keusahawanan sejak dari kecil.

Pengerusi Dewan Muda DPPM Perak, Wan Faizal Wan Aris berkata, pihaknya yakin usaha itu boleh direalisasikan kerana TIC mempunyai program Kids Campus.

Menurut Wan Faizal, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan kolej itu untuk merangka aktiviti yang sesuai.

“Kami amat teruja dan berterima kasih kepada TIC kerana sudi bekerjasama dengan kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Karnival Kids Campus di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajudin.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival itu, antaranya melukis poster, mewarna, bakat cilik dan pertunjukkan fesyen.

Sementara itu Tina memberitahu, pihaknya akan memperkenalkan kad Fan Club Kids Campus yang menawarkan diskaun produk dan perkhidmatan yang disediakan pihaknya.

“Kad ini terbuka untuk semua orang, tanpa mengira umur dan kami menawarkan diskaun antara 10 hingga 50 peratus,” katanya sambil memberitahu, yuran kad hanya RM30 sahaja.

Buat masa ini, mereka yang berminat boleh mendapatkan kad Fan Club Kids Campus di TIC dan pihak kolej sedang berusaha untuk membolehkan permohonan dibuat secara atas talian.

 

dppm