KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nafi bahawa semua pendakwaan yang telah dihadapkan kepadanya telah digugurkan.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, prosiding yang sepatutnya berlangsung hari ini telah ditangguhkan, namun akan bersambung semula esok (3 Mac).

“Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes sebelum ini.┬áInsya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataan yang diedarkan pada Isnin.

Malah, beliau menyifatkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah pendawaan politik.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya.

Pada pagi Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaan kes pecah amanah dan rasuah Ahmad Zahid kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan oleh peguam Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran.