Oleh: Abd Razak Mohd Ali.

TAPAH: Ketua-ketua kampung di kawasan Parlimen Tapah berjaya mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang telah ditetapkan sepanjang tahun lalu.

9e6c9124-54c3-455d-aba6-e911c44bb34aMenurut beliau, sasaran itu antara lain terbahagi kepada lima perkara iaitu jumlah mesyuarat, isu/permasalahan penduduk, pembangunan fizikal, kebersihan dan isu dadah.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan semua 40 ketua kampung di Parlimen Tapah melaksanakan gerak kerja dengan begitu baik dan mencapai KPI yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Persatuan Ketua-Ketua Kampung Parlimen Tapah di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, Samsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning turut merasmikan pejabat baharu Pusat Khidmat ADUN Air Kuning yang telah memulakan operasi di Bangunan UMNO Tapah pada 5 Syawal yang lalu.

Program sulung pejabat baharu itu ialah penyampaian dermasiswa Yayasan Perak kepada 18 penuntut yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

9e2e754b-8724-44ed-a53e-dc237312fde8

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri turut mengingatkan ketua-ketua kampung bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau meluluskan permohonan penduduk.

“Mereka perlu menerima setiap permohonan dan kemudiannya menyalurkan kepada pihak atasan untuk pertimbangan seterusnya, jangan tolak atau meluluskan permohonan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan 500 lampu jalan di kampung-kampung di seluruh Parlimen Tapah, yang sepatutnya siap bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan timbul beberapa masalah, ada di antara lampu jalan yang sedang dipasang dan dalam proses pemasangan.

Dalam masa sama, Samsudin mencadangkan supaya polisi setiap kampung tidak boleh melebihi 30 lampu jalan, diubah mengikut kesesuaian kampung yang berkenaan.

“Kampung semakin membangun dan bilangan rumah bertambah, ditambah pula dengan kewujudan rancangan perkampungan tersusun, oleh itu maksima 30 lampu jalan sudah tidak relaven lagi,” kata beliau.