KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan ‘prima facie’ di akhir kes.

Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Khalid, 60, adalah bersifat cadangan dan tidak terjumlah kepada hasutan, oleh itu Khalid dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Khalid didakwa mengeluarkan kenyataan itu di kawasan lobi Parlimen, pada jam 11.30 pagi, 17 Jun lalu.

Khalid didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, jika sabit kesalahan – berita harian