PONTIAN: Sebanyak 9,000 ayam sempat diselamatkan selepas kilang memproses ternakan itu terbakar di Taman Perindustrian Utama, di sini, awal pagi ini.

Kilang yang menempatkan tempat penyembelihan dan reban itu musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nenas, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 5.35 pagi.

kilang Ayam

Katanya, dua jentera dengan sembilan anggota ke lokasi dan turut dibantu dua lagi jentera dari BBP Pontian dengan kekuatan enam anggota serta BBP Pontian dengan lima anggota.

“Ketika kejadian, terdapat 10 orang pekerja dan beberapa warga asing di premis itu, namun tiada yang tercedera.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minit, namun operasi memadamkan kebakaran sepenuhnya masih berjalan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat memastikan jumlah sebenar ayam yang mati, malah jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kilang itu mula beroperasi sejak awal 2016 – berita harian