KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), menafikan tiga lagi berita palsu yang tular di media sosial, hari ini.

Berikut adalah penafian berhubung beberapa berita yang tular itu:

1. Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan perkhidmatan tidak penting (non-essentials service) mulai 27 Mac ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

2. Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 walaupun telah diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit non COVID-19.

3. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan posting berkaitan penjualan pakaian terpakai (bundle) milik orang yang sudah meninggal dunia akibat COVID-19.