LONDON: Liverpool akan memberikan setiap peluang yang ada kepada kapten, Jordan Henderson untuk bersedia menghadapi aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United, Ahad ini.

Pengurus, Juergen Klopp memberi jaminan itu selepas menyaksikan pemain tengah Liverpool berkenaan kembali menjalani latihan pramusim, sejak Ahad lalu.

Henderson, yang membantu England meraih tempat keempat Piala Dunia, membuatkan pengurus berkenaan merasa kagum dengan tahap kecergasan dimilikinya selepas 20 minit beraksi ketika mereka menewaskan Torino 3-1, semalam.

“Kami mahu melihat tindak balasnya. Tetapi dia adalah Hendo, jadi secara jujurnya selepas tampil kali pertama, dia kelihatan seperti sudah berlatih sepanjang tiga minggu,” kata Klopp kepada laman web https://www.liverpoolfc.com/news/first-team.

“Dia cukup berpengalaman untuk memastikan dia tidak berdepan situasi sukar apabila kembali menjalani latihan. Dia mampu berlari dua atau tiga batu dalam tempoh dua minit.

“Saya tidak ada bayangan apa yang dilakukannya pada hujung minggu,” – Reuters