IPOH: Komunikasi di antara pemandu bas dan penumpang penting bagi memastikan kelancaran perjalanan ke destinasi yang dituju.

Pengerusi Persatuan Perlindungan Pengguna Pengguna Malaysia (PPPM) Cawangan Perak, Shaferi Khairuddin berkata, pemandu bas mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Bagaimanapun, kata beliau, sebagai manusia, pemandu bas tidak terlepas dari melakukan kesilapan, oleh itu, penumpang sewajarnya menegur dengan cara yang baik.

“Itulah pentingnya kita mahu tekankan mengenai komunikasi mesra ini…supaya hubungan di antara penumpang dan pemandu sentiasa dalam keadaan baik sehingga sampai ke destinasi,” katanya ketika Program Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina – Selamat Menuju Destinasi di Terminal Amanjaya Ipoh, pada Jumaat.

Hadir sama Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak (JKJR), Wan Shahbanun Zulkifli serta wakil-wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Wan Shahbanun pula berkata, JKJR memberi fokus kepada semua pengguna jalan raya, tidak kira sama ada mereka penunggang motosikal, menaiki kereta ataupun bas.

Dalam program itu, mereka mengedarkan buah tangan sempena Tahun Baharu Cina kepada penumpang di terminal tersebut, selain menampal pelekat pemantul cahaya di bas ekspress.

 

bas lagi