TELUK INTAN – Sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak, KPerak mengadakan pelbagai program dan acara ICT di bawah Teras Pendidikan, Modal Insan dan ICT bagi komuniti setempat.

Aman Jaya Tuisyen Online KPerak dan `MyRobotikKProgramme’ dilancarkan
dalam Perjumpaan Menteri Besar Bersama Warfga Pendidik yang dijangka dihadiri 500 orang guru-guru dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan
Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashiling Mohammed Radzi dijangka hadir bagi merasmikan kedua-kedua acara pelancaran itu dan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.

KPerak di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin berkata, melalui pelancaran Aman Jaya Tuisyen Online KPerak, sebanyak 420, 000 ID portal pembelajaran atas talian tersebut akan diedarkan kepada pelajar dan guru sekolah rendah serta menengah dari seluruh negeri Perak.

Bagi pelancaran `MyRobotik Programme’ pula, seramai 2,500 pelajar dari 350 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negeri telah tamat mengikuti program tersebut.

“KPerak juga menganjurkan program inibagi 100 orang pelajar SMK Sungai Manik selama dua hari, bermula 20 April ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, bengkel bimbingan robotik dan pertandingan mencipta robot ‘Robotis Dream’ itu adalah sebahagian daripada komponen program tersebut yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat pelajar muda kreatif dalam bidang teknologi dan inovasi.

Pada masa yang sama, kata kenyataan itu, Dr Zambry juga dijangka menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan “KPerak Mannequin Challenge” yang telah 36 pasukan dari 12 buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak yang telah diadakan pada 6 – 13 April lalu.

Selain itu, KPerak juga menganjurkan sesi ceramah ICT bagi mempertingkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap ICT di kalangan di kalangan pelajar di samping membudayakan penggunaanICT secara bijak dan beretika.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Quest International University Perak (QIUP).

Ceramah yang bertemakan “Peranan dan Kesan TeknologiTerhadap Pelajar” memberi pendedahan tentang kepentingan kepenggunaan ICT, isu keselamatan dan etika siber serta kesedaran pembudayaan ICT dari perspektif penguatkuasaan, akademik dan agama bagi golongan pelajar.