DALAM keadaan negara sedang dilanda krisis Covid-19, ramai yang telah tampil membantu masyarakat setempat yang kurang berkemampuan menghadapi saat-saat sukar sepanjang tempoh PKP.

Bantuan-bantuan ini datang daripada pelbagai lapisan dan peringkat termasuklah kumpulan masyarakat kawasan perumahan.

Antara yang cakna membantu adalah KTT Boys (Pemuda Kampung Tesusun Tasek, Bercham) yang telah menggerakkan bantuan selepas PKP diumumkan pada 16 Mac

Bermula dengan kutipan derma sebanyak RM100 seorang, dana yang diusahakan ini bertambah sehari demi sehari apabila ramai kalangan penduduk tampil menyumbang.

Dengan wang terkumpul itu membolehkan pembelian barangan keperluan asas dapur seperti beras, gula, minyak masak, tepung dibuat.

Bekalan ini kemudiannya diagih-agihkan kepada golongan memerlukan sekitar Bercham. Tambun, Tasek, Flat Ashby, Manjoi, Chemor dan Lahat terutama yang tinggal di kawasan berdekatan.

Syabas diucapkan kepada KTT Boys yang diketuai Abdul Salim Putera Bin Ahmad Shibi.Semoga ramai lagi persatuan masyarakat tampil membantu bagi meringankan keresahan golongan yang sangat terkesan ketika ini dan diharapkan bantuan seperti ini diteruskan sehingga berakhirnya tempoh PKP.