IPOH – Sebuah rumah kuarters Tentera Darat Kem Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Jalan Pahang, di sini terbakar, pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu berlaku di tingkat empat kuarters berkenaan, bagaimanapun tiada mangsa terlibat.

Sebuah rumah di tingkat empat kuarters tentera 4 RAMD terbakar.
Sebuah rumah di tingkat empat kuarters tentera 4 RAMD terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Ahmad Hisyam Abdul Rahman berkata, anggota yang tiba sebaik menerima panggilan pada jam 8.54 pagi mendapati, kebakaran berlaku hampir 70 peratus di rumah itu.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini, anggota menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan dan satu aliran hose reel dari jentera bomba, dibantu tangki air dan air pili bomba untuk pemadaman dan mengawal api daripada merebak.

“Operasi tamat pada jam 11.36 pagi,” katanya – sinar harian