PETALING JAYA: Kuota rasmi haji Malaysia naik lebih 1,000 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Mujahid Yusof Rawa.

Perkembangan ini susulan daripada perbincangan mengenai hal ehwal jemaah haji antara Mujahid dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh Taher Benten di Mekah semalam.

“Kuota rasmi haji Malaysia naik kepada 31,600 orang berbanding 30,200 sebelum ini,” kata agensi berita Bernama hari ini.

Turut diumumkan mulai musim haji akan datang, semua jemaah haji berulang dikenakan bayaran 300 riyal bagi setiap visa yang dikeluarkan.