Kuala Lumpur: Kereta dipandu seorang lelaki rosak dipercayai dihempap besi dekat kawasan pembinaan di Taman Len Seng, Cheras di sini, malam ini.

Difahamkan, pemandu lelaki berusia 50-an itu selamat dalam kejadian yang berlaku pada 8 malam tadi.

Kejadian itu tular di media sosial apabila video menunjukkan sebuah kereta rosak di bahagian bumbung dan pasukan bomba melakukan operasi di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan di lokasi.

Bagaimanapun, menurutnya, siasatan awal polis belum menjumpai barang yang dikatakan terjatuh ke atas kereta itu.