IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya orang Cina menjadi Datuk Bandar di kawasan majoriti Cina, tidak harus dilihat berdasarkan kaum.

0786c79c-6204-408e-addd-c3d44d69514f

“Begitu juga kalau kawasan itu ramai kaum India maka mesti dilantik dari bangsa itu dan sama juga seperti Melayu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2017 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Rizuan, di sini pada Selasa.

bc79a880-640b-4733-be57-091425563c7e

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Sebanyak 2,500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak termasuk 17 jabatan.

Dr. Zambry diminta mengulas kenyataan Tiong Lai mengumumkan bahawa beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk mencadangkan kawasan majoriti Cina seperti di Johor Bahru dan Ipoh diizinkan orang Cina menjadi Datuk Bandar.