Lumut, 12 Jan : Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Batik di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung Shuib Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.36 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa berusia 51 tahun dipercayai mandi di pantai berkenaan berseorangan.

“Ada saksi memberitahu melihat mangsa sedang mandi di pantai itu sebelum dia dikhuatiri lemas.

“Pusat kawalan bomba (PKB) dibuka di lokasi dan

operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara pencarian di permukaan dan persisiran pantai sedang giat dijalankan,” katanya.

Katanya, SAR turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pangkor dengan membabitkan keseluruhan seramai 18 anggota. – Harian Metro