LELAKI dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kinarut di Jalan Pengalat – Lok Kawi, di Kinarut, awal pagi tadi.

Norharidwan Muhammad, 25, penduduk Kampung Sri Menanti, Kinarut, dipercayai terjun ke dalam sungai berkenaan, jam 3.40 pagi.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit, lelaki itu tidak timbul.

Orang awam yang menyedari kejadian kemudian segera menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya, berkata sebaik menerima laporan pada jam 4 pagi, seramai 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan dengan membabitkan anggota Unit Skuba,” katanya ketika dihubungi NSTP – hmetro