TAPAH: Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta yang diletakkan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ng Kar Weng, 26, disahkan maut ditempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadia itu pada 11.30 pagi.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, enjin kereta berkenaan telah dimatikan.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dengan bantuan KKM,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.